Assalamualaikum,
Sudah lama blog ini tidak saya update malah post yang terakhir yang saya lakukan adalah pada 20 haribulan Ogos 2008 lepas..Ya, memang agak lama blog ini tidak di update. Kebanyakkan masa telah saya gunakan untuk mengikuti beberapa pertandingan SEO yang sememangnya banyak mengambil masa online saya. Malah kesannya tempias kepada blog ini juga apabila ia sudah lama tidak di update.
Perkembangan terbaru saya adalah mengenai ebook yang kedua yang saya keluarkan iaitu Panduan Belajar SEO cara Inspiration. ebook ini sebenarnya adalah kompilasi segala teknik yang telah saya gunakan di dalam beberapa cabaran SEO yang telah di jalankan. Saya tidak pernah menganggap bahawa saya adalah seorang pakar SEO. Apa yang saya buat seharian adalah mengkaji dan menulis setiap langkah yang telah di jalankan dan mengikuti langkah tersebut setiap kali ada project baru yang melibatkan optimization. Alhamdulilah, buat masa ini, procedure dan teknik yang telah saya gunakan masih berkesan. Memang di akui Google akan sentiasa mengubah algorithm mereka dan ebook ini adalah kompilasi teknik yang telah saya gunakan berdasarkan algorthim yang diguna pakai oleh google pada masa tersebut. Saya Yakin, asas SEO yang saya tulis di dalam ebook ini masih lagi relevant pada masa sekarang.
















November 25th, 2008 at 3:38 pm
tahniah. bukan senang nak wat panduan seo nih.